awang kelana merentas benua

'Awang Kelana' merupakan sebuah program kembara budaya secara backpaker merentas dunia.

melestarikan seni dan budaya warisan kemegahan kita

Program : anjuran oleh WarisAlam, satu usaha sepasukan ahli yang akan berkelana ke beberapa buah kota-kota besar dunia. Tahun lepas, 2017 buat kali pertama pasukan 'Awang Kelana' ini menjelajah ke kota-kota seperti di negara :

Pada Tahun 2018 : Satu lagi pasukan 'Awang Kelana' akan menyeberangi lautan ke Bumi Maori, New Zealand pada April ~ Mei demi meneruskan usaha melestarikan budaya Melayu dari Malaysia.


Hasrat : di setiap lokasi persinggahan terpilih, 'Awang Kelana' akan mengadakan program bersama pengajur setempat untuk rakyat Malaysia, khususnya para mahasiswa Melayu yang berada di sana. Program ini berbentuk workshop/bengkel mengenai budaya Melayu.


Harapan : Program ‘Awang Kelana’ memberi pendedahan asas mengenai seni dan budaya dari tanah air sendiri semoga mereka yang berada di perantauan dapat menghayati dan berbudaya di negara orang. Amalan ini dapat mempromosikan keindahan dan budaya kita sehingga dapat menarik minat ramai orang melancong ke Malaysia.

Awang Kelana merentas benua, berkongsi mengenai seni dan budaya, semoga setiap kita yang berkelana menjadi ‘Awang Kelana’ juga...


mahasiswa IPT bergambar selepas ikuti workshop/bengkel budaya