FOLIO 2017

Pengembaraan 'Awang Kelana' bermula pada 18 April sehingga 14 Mei 2017... Ikutilah bagaimana mereka menempuh pelbagai cabaran, dugaan dan kegembiraan sepanjang berkelana di bumi orang.... pasti sungguh menarik membaca pengalaman mereka berkelana dan turut menemui rakyat Malaysia di luar sana dalam usaha melestarikan budaya kita... 

'Awang Kelana' merentas benua bukan saja-saja. 
Awang Kelana' membawa budaya bersama'

Berita Awang Kelana :



15.4.2017 Sabtu, Shah Alam. Waris Alam telah menganjurkan majlis doa selamat secara ringkas di rumah persatuan Waris Alam yang terletak di seksyen 20, Shah Alam pada sebelah malam. Majlis ini adalah sebagai acara mendoakan keselamatan dan kemudahan perjalanan team Awang Kelana akan berlepas dalam masa 3 hari lagi bermula selasa 18hb ini. Semoga segala matlamat Awang Kelana tercapai dan selamat pulang nanti pada 14hb Mei 2017.

14.4.2017 Jumaat, Putrajaya. Team Waris Alam telah bermesyuarat di pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada petang tadi. Pelbagai program Waris Alam telah dibincangkan termasuk program Awang Kelana. Wakil kita yang terdiri dari Sdr Huzaimi, Sdr Zaid Muhammad, YM Tengku Azmi selaku Pengerusi Waris Alam dan Sdr Sofi.


11.4.2017 Selasa, Klang. Ketua rombongan Awang Kelana telah menerima panggilan terus dari London, Tn Azmi dari Pejabat Pelancongan di London telah memaklumkan akan menerima kunjungan Team Waris Alam dan 'Bengkel Budaya' oleh team Awang Kelana telah ditetapkan pada tarikh 26hb April 2017 di Malaysia Hall London jam 5.00ptg ...Tungguuu berita seterusnya… - Tokpul.




8.4.2017 Sabtu, Klang. Team Waris Alam - Awang Kelana telah siap untuk memulakan kembara pada 18h April ini, semua persediaan rapi dibuat dalam meeting terakhir pada sabtu lalu... setiap peserta dengan komputer masing-masing memastikan semua tiket kapalterbang, bas, keretapi dan feri dalam keadaan teratur.



2.4.2017 Ahad, Kuala Lumpur. Team Waris Alam telah menemui seorang pengembara Malaysia yang bergelar 'Beduk' dengan pengembaraannya 'Hijrah tanpa sempadan' mengelilingi dunia bermula sejak 2016 lagi. Team kami banyak menimba ilmu darinya untuk memastikan kembara kami semuanya berjalan lancar.



25.3.2017 Sabtu, Kuala Kangsar. Team Waris Alam telah mengadap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz di kediamannya untuk memberi penerangan pelbagai program Waris Alam termasuk program Awang Kelana. 

Menteri kita memberi sokongan terhadap program Awang Kelana ini. Maka pelbagai perkara akan mula disusun bersama pihak kementerian agar program ini terlaksana dengan sebaiknya.

Best3 program ni, dari sembang2 di meja kedai kopi pada awalnya dan kini sudah sampai sembang2 di meja pihak menteri.


12.3.2017 Ahad, Shah Alam. Selesai sudah buat route program Awang Kelana merentas benua. Tarikh cadang untuk kami bergerak ialah 18hb April selama lebih 25 hari. Flight pertama ke Terhan dan kemudian ke Turki, London, Paris, Brussels, Morocco dan Andalusia. Selepas itu grup akan ke Madrid dan mula berpecah, ada yang akan ke Moscow dan singgah ke Bangkok sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Beberapa ahli pula akan ke London semula sebelum pulang.

Misi membawa bersama budaya Melayu, mulanya dirancang oleh 6 orang ahli. Hari ini setelah berbincang dan promo kepada ahli WarisAlam yang lain, 4 orang lagi akan turut serta sebagai grup-2. Grup-2 akan bergabung di Andalusia dan London nanti. Best. Best. Best. Pengembaraan ini menjadi sungguh menarik.



Lauan & Pasukan 'Awang Kelana'  : 

18 April - 14 Mei 2017
GRUP-1 : [1] Saiful Anwar Yahaya @ Tokpul [2] Mohd Tarmizi b Ahmad Sani @ Bangau [3] Anas Rasyidi b Jainudin @ Twopai [4] Zaid Muhammad b Mohd Rais @ Pakteh [5] Salman Farisi b Samsudin @ Cekman [6] Azahan b Zakaria @ zahan

GRUP-2 : [7] Tengku Azmi b Tengku Muda @ Qumi [8] Mohd Rizal b Abd Rahman @ TokTam [9] Yusafawi b Kasim @ Awie [10] Salman b  Md Hasan @ Janggut 

Laluan 'Awang Kelana' : 18 April - 14 Mei 2017

Malaysia : Kuala LumpurTurki : Sanliurfa > Kayseri > Istanbul > England : London > Perancis : Paris > Belgium : Brussel > Maghribi : Agadir > Marrakesh > Casablanca > Rabat > Fes > Tangier > Sepanyol :  Algeciras > Gibraltar > Ronda > Malaga > Granada > Seville > Cordoba > Madrid > Malaysia : Kuala Lumpur