Hari ini orang Melayu sudah bertebaran di seluruh pelusuk dunia, sama ada merantau atas urusan pekerjaan, perniagaan mahu pun atas urusan pendidikan.
Adab sopan, kehalusan budi, seni dan budaya yang tersedia ada ini merupakan wajah dan rupa kita yang sebenar. Melambangkan dari mana usul kita.
PERSATUAN SENI DAN BUDAYA
WARISAN MELAYU JAWI
WarisAlam merupakan sebuah Pertubuhan NGO yang bergerak giat mempromosikan Seni dan Budaya Melayu agar kembali menjadi amalan baik masyarakat Melayu terutamanya diperingkat remaja. WarisAlam turut berjaya mengendalikan pelbagai program budaya bersama Kementerian, Pusat Pengajian Tinggi dalam menganjurkan Pameran dan Persembahan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Portfolio terbaik WarisAlam adalah menganjurkan program bersama : Kembara ‘Jejak Warisan Jawi’ ke 7 buah negara dengan kenderaan pacuan 4 roda selama 25 hari dari Malaysia ke Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar sehingga ke China meliputi pelbagai program kajian sejarah, persembahan seni budaya, menghulur bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada penduduk Melayu Islam di setiap negara.
WarisAlam berpengalaman lebih 7 tahun mengendalikan pelbagai kursus Seni dan Budaya di semua peringkat umur. Hari ini WarisAlam turut mengendalikan sepenuhnya sebuah program Bahasa dan Budaya Melayu di sebuah sekolah di Kampong Chumnik, Kemboja.